Gadis jelita di atas ialah Katie Kirkpatrick. Dia berusia 21 tahun pada 2005 yang lalu.
Jejaka disebelahnya ialah Nick Godwin..tunang Katie...
Katie mengidap kanser paru-paru. Dia sukar untuk bernafas sehinggakan perlu menggunakan tank oksigen untuk membantu pernafasannya. Namun begitu, ia tidak menghalang gadis jelita ini untuk meraikan hari bersejarah dalam hidupnya iaitu perkahwinannya dengan tunangnya, Nick Godwin.
Katie dan Nick jatuh cinta sejak gred ke-11 lagi.
Katie Kirkpatrick, kiri, dan Nick Godwin, menunggu jururawat datang. Katie memulakan rawatan di McLaren Regional Medical Center di Flint pada pagi hari tanggal 12 Januari 2005. Nick Godwin bekerja shift malam sebagai timbalan Lapeer County Sheriff dan mengambil Katie ke pusat perubatan selepas kerja malam, tiga hari sebelum pernikahan mereka. Katie lelah kerana tidak boleh tidur di malam hari kerana rasa sakitn dan Nick bekerja shift malam.
Nick berehat seketika ketika menunggu Katie menjalani rawatan chemotheraphy.
Katie tengah bersiap sebelum upacara perkahwinannya iaitu 15 Januari 2005.
Katie Kirkpatrick, 21, and Nick Godwin, 23
Ibu bapa Katie gembira melihat anaknya gembira di hari perkahwinanya.
Tank oksigen sentiasa menemani Katie sepanjang majlis berlangsung.
Katie dihiburkan oleh suaminya dan rakan-rakannya. Senyumannya sentiasa terukir di bibir seperti tiada apa yang perlu disedihkan.
Kelihatan Katie tengah berehat seketika ketika majlis perkahwinannya di Boulder Point Golf Club. Wajah Katie pucat ketika itu. Kanser menyebabkan dia susah bernafas dan lemah.
5 hari selepas perkahwinannya dengan Nick Godwin, Katie meninggal dunia.
It was wonderful. It was a dream come true. She was the most beautiful angel ever—just caring and selfless, and such an inspiration to everyone. She was always smiling no matter what happened, no matter what news she got. She was as close to perfect as they
come.-NICK GODWIN-
sumber :
::::::::kisah ini memberi kita pengajaran yang amat bernilai. Cinta itu berkuasa. Bila kita sedang bercinta, kuasa lain takkan mampu menghalangnya. Walaupun badai menimpa, jangan jadikannya alasan untuk tidak bahagia. Katie masih mampu tersenyum walaupun dia tahu apa yang menunggunya di akhir cerita::::::::
No comments:
Post a Comment